• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 2,510 Kotak Rokok Seludup RM12,000

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELEBU – Polis merampas 2,510 kotak rokok dipercayai rokok seludup bernilai RM12,000 selepas memeriksa sebuah kereta di tepi Jalan Besar Pekan Pertang, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Kamarul Rizal Jenal berkata rampasan dilakukan selepas anggota polis terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga kira-kira 4.40 petang.

“Anggota polis telah menahan seorang lelaki Melayu berumur 36 tahun berdiri bersebelahan sebuah kereta dalam keadaan yang mencurigakan disyaki terlibat dengan aktiviti dadah berbahaya.

“Ketika pemeriksaan terhadap kereta berkenaan dijalankan, pihak polis menemukan beberapa bungkusan plastik berisi rokok di bahagian tempat duduk penumpang yang disyaki rokok seludup,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata suspek turut memiliki dadah jenis ‘Eramin 5’ seberat 0.14 gram dan hasil siasatan awal mendapati dadah berkenaan adalah untuk kegunaan suspek.

Katanya hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine serta amphetamine dan telah disabit di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Merbahaya 1952 kerana memberi dan menggunakan dadah kepada diri sendiri.

“Suspek juga disabit di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok seludup yang mana jika sabit kesalahan akan didenda 20 kali nilai rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Suspek telah ditahan reman sehingga semalam dan suspek mengakui barang kes (rokok seludup) di dalam kereta itu miliknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: polisRokok Seludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd