• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kuantan Sasar Tambah Penyertaan VSP

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Kuantan menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan sukarelawan program ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP) selepas berjaya merekodkan lebih 500 penyertaan sejak aplikasi VSP dilancarkan 25 Mac lepas.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan DSP Ajit Singh berkata untuk tujuan itu, pihaknya akan memperhebat dialog bersama komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai program berkenaan.

“Jumlah itu dijangka terus meningkat selepas sesi penerangan dilaksanakan dengan memperbanyakkan lagi kerjasama dengan pihak institusi pengajian tinggi, pasar raya, pengurusan kawasan Felda dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Pencegahan Jenayah anjuran Open University Malaysia (OUM) Kuantan di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah OUM Kuantan Razalina Abdul Rashid.

Menurut Ajit, objektif VSP ialah membolehkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak polis dalam penyaluran maklumat melalui aplikasi mudah alih VSP.

Ini katanya secara tidak langsung dapat melahirkan hubungan perkongsian pintar dan kepolisan berorientasikan komuniti antara masyarakat dan PDRM di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS).

Sementara itu, Razalina berkata penganjuran dialog tersebut dapat memperkemaskan lagi hubungan antara OUM dan polis yang terjalin menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang membuka peluang kepada anggota pasukan beruniform tersebut melanjutkan pengajian di OUM.

Penganjuran program itu juga sebagai sebahagian daripada tanjungjawab sosial korporat pihak universiti, katanya. – BERNAMA

Tags: DSP Ajit Singhpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd