• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Najib Ucap Tahniah Penari Sabah Juara Dunia

oleh AK-47
09/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada sekumpulan penari Sabah yang baru-baru ini memenangi pingat emas dan Anugerah Pilihan Pengerusi di kejohanan Tarian Piala Dunia 2017 di Jerman.

“Adalah amat membanggakan melihat anak-anak muda negara, dari Kota Belud, Sabah ini mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa, mengalahkan lebih 12,000 peserta dari 47 negara,” katanya dalam ucaptama di Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017 di sini hari ini.

Terdahulu beliau dan peserta forum dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh penari-penari TOBISA-WindBreeze Dance  Company, di bawah naungan Sabah United Tobilung Association.

Semasa pertandingan itu di Jerman pada 4 Julai, Matinin Sungkin, 17, daripada  Persatuan Tobilung Bersatu Sabah, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud, memenangi pingat emas bagi kategori ‘Junior Solo’.

Selain Matitin, sekumpulan pelajar lagi daripada pelbagai sekolah di Kota Belud, yang mengambil bahagian dalam kumpulan 10 anggota penari, muncul bukan sahaja sebagai juara di bawah kategori Impak Tarian, tetapi juga sebagai pemenang Chairman’s Choice Award  (Anugerah Pilihan Pengerusi).

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Mohd. Farihin Abdullah, 11, ialah pemenang pingat gangsa bagi kategori solo kanak-kanak (Solo Children National).

Najib berharap kesemua penari berkenaan akan terus mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka minati itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd