• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Pelancongan AirAsia Akan Dibuat Di Sabah & Sarawak

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesta Pelancongan AirAsia  (AATF) 2017, yang merupakan acara tahunan syarikat penerbangan itu akan dianjurkan di dua lokasi dalam tahun ini iaitu di Sibu, Sarawak pada 12-13 Ogos dan Sandakan, Sabah pada 19-20 Ogos.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini, berkata promosi istimewa akan ditawarkan dalam bandar terlibat, seperti penjimatan 20 peratus untuk semua tiket yang dibeli dalam talian bersempena dengan pesta itu, dan Beli Satu-Percuma Satu untuk penerbangan dari Kuching ke Langkawi dan Pontianak kepada 20 pengunjung pertama yang menempah penerbangan di Wisma Sanyan di Sibu.

Pengunjung juga boleh menikmati tawaran hebat destinasi AirAsia X seperti dari Kuala Lumpur ke Taipei, Sydney, Beijing, Sapporo melalui promosi semua dalam tambang untuk dua penumpang dari RM388 sehala.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, berdasarkan hasil yang amat menggalakkan di Kuching, Miri, Tawau dan Kota Kinabalu pada tahun lepas, syarikat itu menjangkakan sambutan yang lebih baik dalam tahun ini.

“Kami sangat sukacita untuk menganjurkan pesta pelancongan ini sekali lagi, di Sarawak dan Sabah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi membangunkan dan mengembangkan rangkaian kami di dua negeri tersebut. Pameran Pelancongan AirAsia telah direka untuk membolehkan kami terlibat secara berkesan dengan para pelanggan kami dengan menawarkan mereka diskaun serta merta serta promosi istimewa,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd