• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Tangkis Persepsi, Tangkas Sampaikan Fakta

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin di peringkat akar umbi perlu tangkas dan berperanan lebih besar dalam menyampaikan kebenaran dengan sekali gus memperbetulkan persepsi negatif rakyat yang sering dikelirukan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata pembangkang kerap kali gemar menyelewengkan fakta dan seterusnya disebar luaskan menerusi media sosial sehingga yang batil menjadi benar, dan sering kali juga kerajaan menjadi mangsa dalam permainan persepsi ini.

Justeru, katanya, sebagai pemimpin yang paling dekat dengan rakyat, pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) perlu cekap dalam peranan mereka, seiring dengan cabaran semasa.

“Beritahu orang kampung, jangan mudah terpedaya dengan apa yang ada dalam media sosial. Dalam media sosial banyak pembohongan dan banyak juga pendapat. Tolong bezakan antara pendapat, fakta dan realiti. Itulah tugasan kita hari ini.

“Kalau dulu lain kerana tidak ada media sosial, (malahan) peranan ketua-ketua kampung, setiausaha JKKK tidak seberat dan sekompleks hari ini. (Sebaliknya) Hari ini, peranan kita berbeza. Kita mesti tahu medium baharu, mesti tahu ‘the new battlefield’ (medan perang baharu) iaitu media sosial…bagaimana kita nak lawan perang persepsi dan bagaimana nak baca isi hati rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen JKKK/JKKP dan Anugerah Desa Perdana 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan timbalannya Datuk Alexander Nanta Linggi antara pemimpin yang turut hadir pada konvensyen itu bersama-sama lebih 10,000 pemimpin JKKK, JKKKP dan JKKKOA dari seluruh negara.

Mengulas lanjut, perdana menteri berkata pembohongan dan dakyah pembangkang meliputi pelbagai cara dan kaedah hingga ada dalam kalangan anggota Parlimen pembangkang yang terdesak mengambil foto jalan balak di Sarawak dan kemudian ditularkan kononnya itulah pembangunan yang telah dibuat kerajaan pusat di Sarawak.

“Ia jelas satu pembohongan sebab jalan luar bandar yang ada hari ini sebenarnya jauh lebih baik. Malah kita bina jaringan Lebuh raya Pan Borneo tanpa tol untuk Sabah dan Sarawak sebagai hadiah kerana menyokong kita,” katanya.

Najib berkata pembohongan itu tidak terhenti begitu sahaja malahan beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut tidak terlepas daripada menjadi permainan bahan fitnah pembangkang.

“Saya juga sering menjadi mangsa pembohongan sebegini. Contohnya ada satu gambar saya di bilik hotel ketika di Beijing semasa melawat China. Isteri saya ada, menteri-menteri dan duta juga ada dengan saya tetapi dalam media sosial diviralkan (kononnya) isteri saya hadir dalam mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Jangan Berlebihan Tanggapi Isu Bendera” – Jokowi

Next Post

Jemaah Buta Gagah Ke Tanah Suci Walaupun Sakit

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Jemaah Buta Gagah Ke Tanah Suci Walaupun Sakit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd