• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Buta Gagah Ke Tanah Suci Walaupun Sakit

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Biarpun diri buta dan menghidapi SLE (Sistemik Lupus Eritematosus), Zuhaida Ahmad tetap gagah untuk ke Tanah Suci apabila menerima tawaran menunaikan haji tahun ini.

Zuhaida, 39, tidak dapat melihat sejak melahirkan anak kedua, 13 tahun lalu, akibat komplikasi bersalin yang agak teruk selain stres.

“Alhamdulilah moga Allah mudahkan segala urusan saya di sana dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Cabaran yang dilalui pada mulanya doktor agak berat untuk memberikan saya pergi berikutan faktor kesihatan antaranya kelengkapan seperti mesin yang digunakan untuk mencairkan darah tidak ada di sana.

“Namun syukur akhirnya saya dapat juga menjadi tetamu Allah mengerjakan haji,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Pelepasan Jemaah Haji Negeri Pulau Pinang ke Tanah Suci di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang Di-Pertua negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Zuhaida yang ditemani suami Azman Mohamad, 43, berkata beliau membawa 12 jenis bekalan ubat yang perlu diambil setiap hari iaitu sebanyak 27 biji pada waktu pagi dan lima biji pada waktu malam.

Ibu kepada empat anak itu berkata beliau mula mendaftar dengan Tabung Haji (TH) pada 2003 dan jika mengikut giliran, 2018 adalah tahun untuk beliau mengerjakan haji.

“Alhamdulilah tahun ini saya dipanggil,” katanya yang berlepas ke Tanah Suci dengan 285 jemaah lain bagi penerbangan petang ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH Datuk Seri Johan Abdullah menasihatkan bakal jemaah haji agar menjaga kesihatan masing-masing.

“Seperti umum dah maklum cuaca pada tahun ini agak panas mencecah 47 darjah celcius. Orang Malaysia begitu biasa dengan cuaca panas jadi jagalah kesihatan, minum air dan makan ubat,” katanya.

Johan turut meminta jemaah Malaysia menjaga disiplin sepanjang berada di sana.

“Dari segi disiplin, maklum sajalah ramai jemaah di sana, disiplin jemaah Malaysia perlu dijaga. Maklum saja jumlah jemaah pun meningkat, kuota negara lain pun meningkat.

“Jadi dengarlah nasihat petugas haji umpamanya jika rancangan awal nak pergi melontar (jamrah) jam 9.30 malam, harap bersabar kalau kita tidak dapat pergi pada jam 9.30 malam , adalah sebab-sebab tertentu kenapa kita tidak dapat melontar pada waktu itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah buta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd