• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penting Kursus SPRM Untuk Ahli Lembaga Pengarah

oleh Ahmad Albab
11/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ERA makan elaun sudah berakhir. Era menjadi yes man kepada Pengerusi juga sudah berlalu. Era dianggap proksi dan pengikut dalam proses membuat keputusan patut ditamatkan.

Kini harus dimulakan era menjaga kepentingan aset kerajaan dalam agensi, badan berkanun, anak syarikat, badan pelaburan dan GLC diutamakan. Aset kerajaan tidak semata-mata dijaga oleh ketua pentadbir.

Semua pihak harus sedar, banyak keputusan strategik dibuat di peringkat akhir sebenarnya dipantau Ahli Lembaga Pengarah (ALP).

Sudah sampai masa fokus dan peranan ALP dinilai semula. Krisis ketirisan dalam Felda Investment Corp (FIC) dan Felda Global Ventures (FGV) yang hangat diperkatakan sekarang, satu gambaran – ada yang tidak kena di peringkat ALP.

Bagaimana pembelian hotel di Kuching dan London boleh menjadi kes ketirisan? Mengapa FIC perlu membayar pada harga melebihi nilai pasaran aset? Kalau betul siasatan SPRM membuktikan wujud manipulasi harga, sudah pasti timbul persoalan: ALP yang ramai-ramai buat apa?

Pandangan sinis terhadap peranan ALP bukan isu baru. Sindiran kononnya kewujudan mereka hanya sebagai pemakan elaun sebenarnya satu penghinaan dan jenaka sarkastik yang bukan lagi rahsia umum.

Semalam Timbalan Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, menyentuh mengenai peranan orang awam membantu memantau gaya hidup mewah penjawat awam. Ini tips bagi meluaskan lagi skop peranan masyarakat dalam memerangi rasuah.

Tapi kalau kita merujuk isu FIC serta krisis campur tangan dalam pelaburan FGV yang dikatakan membabitkan RM850 juta duit Felda, jelas mencemarkan imej kerajaan dan Felda sendiri. Padahal ia sebenarnya isu mengenai keberkesanan peranan ALP.

Jadi, sekali pun respons masyarakat nampaknya sangat menghargai pesanan Azam, namun orang awam mahukan tindakan SPRM lebih agresif dan relevan.

SPRM harus menghunus jari ke arah ALP supaya memainkan peranan konstruktif dan berintergriti. Atau, kekal membiarkan masyarakat beranggapan, kelalaian ALP antara punca wang awam dimanipulasi.

Apa erti menjadi ALP, kalau menerima tanggung jawab lantikan, tetapi membiarkan penyelewengan.

Ayuh SPRM! Segera temui ALP dan beri mereka amaran! – MYNEWSHUB.CC

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd