• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengecualian Audit Untuk Syarikat Swasta Tertentu

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akta Syarikat 2016, yang berkuatkuasa pada 31 januari 2017, memerlukan semua syarikat untuk menyediakan audit ke atas penyata kewangan mereka sebelum melaporkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

SSM dalam satu kenyataan hari ini, berkata bagaimanapun, di bawah Seksyen 267(2) akta tersebut, Pendaftar Syarikat boleh mengecualikan beberapa kategori tertentu dalam syarikat-syarikat swasta daripada keperluan untuk melantik juruaudit dan mengenakan syarat-syarat itu dengan sewajarnya

“Sehingga 4 Ogos 2017, SSM telah mengeluarkan Langkah Direktif No. 3/2017, yang memberi penekanan bahawa syarikat swasta yang tidak aktif dan tiada pendapatan adalah layak untuk menerima pengecualian audit,” katanya.

SSM berkata sebuah syarikat dorman layak untuk pengecualian jika ia tidak pernah beroperasi sejak dari tarikh penubuhannya atau sudah tidak aktif bagi sepanjang tahun kewangan semasa dan tahun kewangan sebelumnya.

“Sebuah syarikat dengan pendapatan sifar adalah layak bagi pengecualian audit jika ia tidak mempunyai sebarang pendapatan pada tahun kewangan semasa atau dua tahun kewangan sebelum ini dan jumlah aset dalam Penyata Kedudukan Kewangan semasa tidak melebihi RM300,000,” katanya.

Katanya, sesebuah syarikat yang yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM100,000 bagi tahun kewangan semasa dan sejak dua tahun kewangan sebelum ini atau jumlah aset dalam kedudukan kewangan semasa tidak melebihi RM300,000 pada dua tahun kewangan serta memiliki tidak lebih lima pekerja pada tahun kewangan semasa atau dua tahun sebelumnya, turut layak mendapat pengecualian.

“Perusahaan kecil dan sederhana telah dikecualikan daripada audit mandatori di banyak negara seperti Singapura, United Kingdom, Hong Kong, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat,” katanya. – BERNAMA

Tags: SSM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd