Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Agong Adakan Mesyuarat Pra-Kabinet...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Jaga-Jaga! Perogol Bersiri Kanada...

TAKUT, bimbang dan berbahaya. Itu yang digambarkan apabila berita mengenai seorang rakyat Malaysia...

Lelaki Mati Tercekik Disebabkan...

INILAH yang dikatakan ajal maut itu ditangan Tuhan..Seorang lelaki tua berbangsa India, menemui...

Tan Wee Kiong Wira...

TANGKAK - Penduduk kampung Kundang Ulu dekat sini menyifatkan jaguh beregu lelaki badminton...

Peminat ‘Berkhemah’ Di Stadium Untuk Tiket Final

TIKET bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) telah pun mula dijual bermula jam 11 pagi tadi di Stadium Shah Alam.

Sebanyak 20 kaunter dibuka bagi melancarkan proses jualan tiket tersebut dan tiada jualan tiket secara atas talian (online) seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Pembelian tiket terhad kepada lima keping bagi seorang individu.

Bagi penyokong Thailand pula, tiket boleh dibeli di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, bermula jam 11 pagi.

Untuk perlawanan penentuan pingat gangsa di antara Indonesia dan Myammar, tiket dijual di Stadium Selayang, juga bermula jam 11 pagi tadi.


Difahamkan, penyokong Malaysia sudah mula berkampung di hadapan Stadium Shah Alam sejak jam 9 malam tadi bagi tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir yang dijangka berlangsung sengit di antara kedua-dua pasukan.

Perlawanan akhir Malaysia-Thailand akan berlangsung jam 8.45 malam esok. – MYNEWSHUB.CC

Kategori