• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Van MAB Sawan Rempuh KLIA, 2 Staf Cedera

oleh Ahmad Albab
05/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua kakitangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) cedera selepas van syarikat itu melanggar dinding bangunan dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam.

MAB dalam satu kenyataan berkata pemandu dan penumpang van itu ialah kakitangan syarikat penerbangan kebangsaan tersebut dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas kemalangan itu pada 4.25 petang.

“Mereka kini beransur sembuh,” kata kenyataan itu.

MAB berkata siasatan awal mendapati bahawa pemandu van itu berada dalam keadaan tidak berupaya sejurus sebelum insiden itu.

“Keselamatan adalah keutamaan nombor satu di Malaysia Airlines dan siasatan penuh dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang dijalankan.

Pemandu dipercayai kena sawan sebelum van tersebut merempuh bangunan itu.

Menurut sumber-sumber lapangan terbang, Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS), telah mengisytiharkan kawasan yang terjejas selamat daripada bahaya.

Sumber-sumber lapangan terbang juga berkata kemudahan lain di lapangan terbang tidak terjejas kecuali dinding ringan bangunan itu yang rosak akibat rempuhan van tersebut. – BERNAMA

Tags: kemalanganlapangan terbangMASrempuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd