• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Malaysia Lemas Di Sungai Arakawa, Jepun

oleh Ahmad Albab
04/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 21, dilaporkan lemas ketika berkelah di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun, petang semalam.

Mangsa, pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal informatiks di Universiti Meiji, Tokyo adalah pelajar tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Pengurus Unit Koordinasi YPM Khairul Amri Masrakin berkata ketika kejadian mangsa bersama 10 rakannya mengadakan perkelahan di sungai berkenaan selepas tamat peperiksaan.

“Mangsa bersama rakannya tiba di kawasan perkelahan itu kira-kira 4 petang (waktu tempatan) …ketika lapan daripada rakannya menyiapkan bahan untuk memasak barbeku, mangsa bersama dua lagi rakannya pergi menyeberang sungai.

“Mangsa dikatakan tiba-tiba tenggelam dan lemas apabila tiba di kawasan tengah sungai, seorang rakannya telah sampai ke seberang manakala seorang lagi tidak jadi untuk menyeberangi sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa cuba meminta bantuan, namun pelajar lain tidak dapat berbuat apa-apa.

Khairul Amri berkata orang awam yang berada berhampiran segera membuat panggilan kecemasan dan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa 40 minit bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Red Cross Fukaya dan ketika dalam perjalanan, pasukan perubatan cuba melakukan pernafasan mulut ke mulut (CPR).

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 6.30 petang waktu tempatan,” katanya.

Beliau berkata pihak kedutaan dan keluarga telah dimaklumkan oleh wakil YPM di Jepun dan setakat jam 8 malam tadi, jenazah masih berada di hospital berkenaan.

Khairul Amri menambah berkemungkinan keluarga mangsa akan berlepas ke Jepun esok, bagi menguruskan proses membawa pulang jenazah ke tanah air. – BERNAMA

Tags: jepunmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd