• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Kena Liwat Terima Kaunseling

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Unit Kaunseling Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman akan memberi kaunseling kepada beberapa pelajar sebuah sekolah, di sini, yang dipercayai menjadi mangsa cabul dan liwat seorang jurulatih fisioterapi bola sepak sejak Mei tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata kes berkenaan sudah ditutup selepas suspek ditemui mati dalam keadaan tergantung dipercayai membunuh diri dalam sebuah bilik hotel di bandar raya ini, Selasa lalu.

“Terdapat beberapa pelajar lain yang tampil selepas tiga pelajar membuat laporan, namun saya tidak boleh dedahkan bilangan pelajar berkenaan berikutan kes sudah ditutup.

“Polis memberi bantuan demi masa depan mereka, termasuk untuk mengembalikan keyakinan diri, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua JSJ (Risikan dan Operasi) di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 5.40 petang Selasa lalu, lelaki berusia 52 tahun, yang juga suspek kes berkenaan ditemui mati tergantung di dalam bilik hotel, di sini.

Sehari sebelum itu, tiga pelajar sekolah terbabit yang berusia antara 14 tahun dan 15 tahun membuat laporan polis, mendakwa mereka diliwat dan dicabul suspek sejak Mei tahun lalu hingga Mac tahun ini. -BH ONLINE

Tags: Datuk Gan Tian Kee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

105 Individu Ditahan Di Perak, Terlibat Kongsi Gelap

28/06/2017
0

IPOH - Polis Perak telah menahan 105 individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap bagi tempoh Januari lalu sehingga semalam. Ketua...

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Buli Pelajar Di Ipoh

01/12/2016
0

IPOH - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah agama di sini, dipukul beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd