• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

105 Individu Ditahan Di Perak, Terlibat Kongsi Gelap

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak telah menahan 105 individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap bagi tempoh Januari lalu sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata mereka disyaki anggota Geng 04 (40 orang), Geng 08 (32 orang), Geng 360 (23 orang), Geng 24 (6 orang) dan Geng 36 serta Geng 21, masing-masing dua orang.

“Sebanyak 66 kertas siasatan dibuka dengan enam telah dituduh di mahkamah manakala 14 individu tidak dikenakan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gan juga mendedahkan Geng 360 baru sahaja wujud di Perak susulan penangkapan 23 individu termasuk seorang wanita dua hari lalu di Sungai Siput.

“… sebelum ini tiada anggota geng tersebut di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata semua yang ditahan disiasat menurut Akta Pertubuhan 1966.

Ahad lepas, polis Perak menahan 23 individu warga tempatan termasuk seorang wanita kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap menerusi serbuan Op Cantas di Persiaran Lintang Makmor 9, Taman Lintang Makmor di Sungai Siput.

Suspek berusia antara 22 dan 55 tahun itu ditahan ketika sedang menjalankan kegiatan upacara angkat sumpah kongsi gelap, kira-kira 4.30 petang. – BERNAMA

Tags: Datuk Gan Tian Keeditahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

Joy Reyzal Ditahan Pihak Polis, Armand Azha Hantar Peguam Bela

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah memaklumkan sahabatnya, Joy Reyzal ditahan...

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan selepas ditemukan bersama sepucuk senjata api, sejumlah peluru serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd