• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Buli Pelajar Di Ipoh

oleh AK-47
01/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah agama di sini, dipukul beberapa pelajar senior sehingga patah tulang rusuk pada 17 Nov lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Polis sudah merujuk kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan sama ada kita boleh melakukan pertuduhan terhadap kesemua pelajar itu di mahkamah atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Ucap Tahniah Kenaikan Pangkat Sarjan ke Sarjan Mejar dan Majlis Persaraan Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak di sini hari ini.

Gan berkata pihaknya telah merakam percakapan enam pelajar tingkatan tiga yang terbabit dengan insiden tersebut, selain merekod keterangan tiga saksi kejadian bagi membantu siasatan.

Beliau berkata enam pelajar terlibat telah dibuang asrama mulai tahun depan, selain dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Gan berkata enam hari selepas kejadian buli itu, 10 individu dipercayai saudara mara mangsa menyerang seorang daripada pelajar yang membuli mangsa.

“Kesemua individu itu menyerang rumah salah seorang pelajar yang terbabit dengan insiden buli itu dan bertindak memukul pelajar terbabit sehingga mengalami kecederaan.

“Susulan kejadian tersebut, polis menahan kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu dan kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Aiman Fahmi Norizzal ditendang, ditampar dan diseret hanya kerana enggan memberi air kotak miliknya selepas diminta seorang daripada pelajar senior berkenaan.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami lebam di belakang dan hadapan badannya selain patah tulang rusuk sebelah kiri. – BERNAMA

Tags: Datuk Gan Tian Keekes buli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

18/08/2025
0

JOHOR: "Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd