Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hanya Main Game Minecraft...

WOW wow wow... memang hebat. Seorang lelaki yang baru berusia 23 tahun, yang...

Bicara Laporan Audit 1MDB:...

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir di Mahkamah Tinggi di Kuala...

Ayda Jebat Rimas Dengan...

GOSIP percintaan pelakon jelita, Ayda Jebat masih lagi menjadi tanda tanya dan bualan...

MB Terengganu Sambut Zahid...

BERSEJARAH... Hubungan UMNO dengan PAS kini bukan sahaja terhad kepada kerjasama politik ketika...

Pelajar Bakar Mercun Di Stadium Shah Alam Ditahan

SHAH ALAM – Seorang pelajar ditahan selepas disyaki membakar dan meletupkan dua biji mercun selepas tamat perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata suspek berusia 16 tahun itu ditahan ketika sedang beratur untuk keluar dari stadium.

“Sewaktu sedang beratur hendak keluar ke stadium, kira-kira pukul 10.50 malam suspek yang ketika itu berada di belakang papan pemuka jaringan, aras tiga telah meletupkan mercun yang dibawanya.

“Tindakan suspek dilihat oleh anggota polis yang meronda di kawasan itu sebelum bertindak menahan suspek, polis turut menemui sebuah pemetik api bersama suspek,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mazlan berkata hasil soal siasat ke atas remaja itu, polis kemudian memeriksa rumah suspek di Klang kira-kira pukul 8 pagi tadi, sebelum menemui 40 biji lagi mercun bola yang disimpan di rumahnya.

Susulan itu, suspek kini direman dua hari sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000, katanya.


Dalam pada itu, Mazlan berkata pihaknya sedang mengesan seorang lelaki berusia 20-an yang disyaki turut membaling mercun ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak separuh akhir Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia, di stadium sama Sabtu lepas.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu berkenaan diminta tampil menyalurkannya di balai polis berdekatan. – BERNAMA

Kategori