• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Nafi Dakwaan Azmin Kembali Bekerjasama

oleh Ahmad Albab
16/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan membenarkan jentera pilihan rayanya menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat kali kedua.

Pemimpin Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, PAS tidak mahu sekali lagi dipergunakan oleh Pakatan Harapan yang akan menendang agenda Islam selepas mereka menang pilihan raya dengan bantuan PAS.

Lagipun, kata beliau, Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terbukti bukan wadah untuk menyelesaikan masalah negara dengan Islam.

“Sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) hakikatnya hanya untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu dengan menjadikan jentera pilihan raya PAS sekali lagi kuda tunggangan seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

“Apabila mereka berjaya memenangi kerusi sekali lagi agenda Islam akan ditendang dan diperangi. PAS akan diserang lagi dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam mendakwa kononnya PKR dan PAS telah kembali bekerjasama untuk menumbangkan parti Melayu UMNO.

Beliau membuat dakwaan itu kepada pemberita hanya kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima kunjungan beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kelmarin.

Mohamed Azmin dipercayai membuat dakwaan palsu itu bagi mempengaruhi penyokong PAS kononnya pemimpin PAS telah kembali kepada pakatan pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azmin AliPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd