• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Suami Pukul Isteri Sampai Cota Patah…

oleh AK-47
15/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang suami yang memukul isteri dengan sebatang cota sehingga senjata itu patah, mendapat pembalasan selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan terhadapnya.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhi hukuman itu selepas Irwanizam Sharrudin, 42, mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Salzila Sazali, 33, seorang penjawat awam, menggunakan sebatang cota iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian, sehingga wanita itu mengalami lebam di lengan kiri, belakang badan dan belakang paha kanan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu lori, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 19 Mei lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam melakukan kesalahan tersebut di rumah mereka di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Jalan Puchong, Bukit Jalil di sini pada jam 6.15 pagi, 11 Disember 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

“Kesalahan memukul isteri adalah serius. Sepatutnya tertuduh sebagai seorang suami menjadi pelindung kepada isterinya dan bukan memukul isteri,” katanya.

Irwanizam yang kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh merayu hukuman ringan dan memohon supaya hukumannya bermula dari tarikh tangkap.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa berada di rumahnya dan telah bertengkar dengan tertuduh, di mana tertuduh telah bertindak memukul mangsa menggunakan sebatang cota sehingga cota tersebut patah.

Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan akibat dipukul tertuduh dan pemeriksaan di Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati mangsa mengalami lebam di lengan kiri, belakang badan dan belakang paha kanan. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: mahkamahrumah tanggaSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd