• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Sarang Khas: 61 Suspek Dadah Ditahan

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan 61 individu dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM20,000 dalam Op Sarang Khas di sekitar Felda Panching dan Felda Lepar Hilir di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua suspek berusia antara 20 dan 45 tahun itu ditangkap sekitar 10 malam semalam hingga 2.30 petang hari ini.

“Tangkapan turut membabitkan seorang pemilik bengkel kenderaan di Felda Lepar Hilir 1 berusia 37 tahun, yang dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah kerana sejumlah besar dadah ditemukan bersamanya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.

Selain itu, polis merampas dadah jenis heroin seberat 119.20 gram, syabu (7.29 gram), daun ketum (188.60 gram) dan air ketum (1.25 liter).

Abdul Aziz berkata, pihaknya turut merampas selaras senapang angin dan sebilah pedang.

Semua suspek direman selama empat hari, bermula hari ini.  – BERNAMA

Tags: ACP Abdul Aziz Sallehdadahditahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib mendakwa mana-mana ahli politik atau...

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd