• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Kesan Pengganas: 290 Warga Asing Diperiksa

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Seramai 290 warga asing diperiksa secara rawak dalam operasi mengesan individu yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas di beberapa kawasan tumpuan warga asing di sini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata antara yang diperiksa dalam operasi yang bermula 9.30 malam semalam (Rabu) hingga 6.30 pagi hari ini termasuklah 98 penuntut asing di intitusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

Katanya kesemua mereka, yang terdiri daripada 281 lelaki dan sembilan wanita, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk semakan dengan beberapa pangkalan data pengganas termasuk Senarai Pejuang Pengganas Asing (FTF) Interpol, namun tiada yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas.

“Selepas kesemua suspek menjalani semua peringkat tapisan, kita menahan 57 warga asing terdiri daripada 54 lelaki dan tiga wanita atas kesalahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Daripada 290 warga asing yang diperiksa 50 daripadanya warga Yaman, Pakistan dan Syria (32), Bangladesh (29), India (27), Nepal (22), Palestin (17), Sudan (10), Indonesia (tujuh), Libya dan Nigeria (enam), masing-masing lima dari Arab Saudi, Iran, Iraq dan Sri Lanka, manakala selebihnya dari negara lain, katanya.

Bercakap kepada media semasa operasi itu malam semalam, Ayob Khan berkata operasi itu dijalankan bagi menjejaki warga asing yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan keganasan menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, selepas operasi sama dijalankan di Masjid India, Kuala Lumpur, pada Isnin lepas.

Beliau berkata, seramai 200 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi itu antaranya Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Pemusnah Bom, Interpol, Unit Tindakan Khas, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Seperti operasi yang dijalankan sebelum ini, beliau berkata turut serta dalam operasi kali ini adalah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom yang meminjamkan alat pengesan radioaktif ‘Personal Radiation Detector’. – BERNAMA

Tags: pengganaspolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd