• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nita Malaysian Idol Bertunang Ahad Ini

oleh AK-47
11/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INGAT lagikah kepada bintang realiti nyanyian Malaysian Idol ini?

Si tinggi lampai yang pernah menyinar sebagai model fesyen dan penyampai radio Nita Hamzah, bakal bertunang dengan jejaka pilihannya, Mohd Fareez Shamsul Bahari di kediaman keluarga Nita di Selayang, Selangor Ahad ini.

Majlis yang akan diadakan pada sebelah siang itu dijangka dihadiri 100 tetamu membabitkan sanak-saudara dan keluarga terdekat.

“Saya terkejut dan tak sangka akan bertunang. Kami memang hendak buat ikut adat. Pada mulanya hanya majlis merisik yang dirancang.

“Tapi akhirnya diputuskan dua acara iaitu majlis merisik disusuli bertunang. Pada mulanya, saya, Fareez dan ibunya pergi membeli cincin merisik bersama.

“Tapi apabila dipersetujui untuk mengadakan majlis bertunang, Fareez dan ibunya pergi membeli cincin tunang pula. Semoga majlis itu akan dipermudahkan dan lancar,” katanya kepada BH Online.

Menurut Nita, 37, hubungan dengan Mohd. Fareez, 29, sudah mencecah usia empat tahun November ini, jadi mereka semestinya sudah merancang untuk diijabkabulkan.

 “Ikutkan memang kami nak mempercepatkan majlis kahwin. Kalau boleh memang nak disatukan tahun ini.

“Kalau tak dapat, berkemungkinan awal tahun depan. Kita hanya mampu merancang. Fareez pun nak segerakan perkahwinan kami,” katanya.

Dalam perkembangan karier pula, Nita yang mula menceburi bidang seni sejak 2005 itu merancang mempromosikan single duet bersama pelakon Nadzmi Adhwa berjudul Hadirlah Cinta ciptaan Sharon Paul dan lirik dihasilkan, Iman Imran.

“Saya sedang mengintai syarikat muzik yang berminat mahu menyokong usaha mempromosikan lagu berkenaan.

“Insya-Allah selepas berakhir majlis merisik dan tunang nanti, saya boleh fikirkan soal karier seni,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis berkahwinnita hamzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Joe Flizzow Selamat Bertunang, Nikah April 2020

30/12/2019
0

PENYANYI hip hop popular, Joe Flizzow mula bersedia untuk berkahwin selepas kematian bapanya, Ishak Nengah yang juga bekas pembaca berita...

Ain Edruce Sudah Bergelar Isteri Orang

14/12/2019
0

"SAYA akan tetap aktif dalam kerjaya seni walaupun sudah bergelar isteri orang. Suami pun faham dan menyokong minat saya," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd