Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PRU14: UMNO Terengganu Sedia...

KUALA BERANG – Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu hari ini bersetuju meletakkan calon...

Trump Percaya Khashoggi Dibunuh,...

WASHINGTON/ANKARA - Presiden Donald Trump berkata semalam, beliau beranggapan wartawan Arab Saudi yang...

Dr Wan Azizah Tinjau...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Syed Saddiq Perlu Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed...

Joe Flizzow Selamat Bertunang, Nikah April 2020

PENYANYI hip hop popular, Joe Flizzow mula bersedia untuk berkahwin selepas kematian bapanya, Ishak Nengah yang juga bekas pembaca berita TV3, tahun lalu.

Joe yang bertunang dengan Nurin Marini Ramlan atau Nini Marini, kelmarin dijangka melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital, Primeworks Studios Sdn. Bhd. itu pada April 2020.

Ibu Joe, Aishah Ali ketika dihubungi berkata, anaknya sudah mengenali Marini sejak 15 tahun lalu dan ketika itu mereka mahu fokus kepada kerjaya terlebih dulu.

“Pada 2016, hubungan mereka semakin rapat tetapi kerana arwah suami sakit ketika itu, jadi Joe tidak ada sebarang perancangan untuk berkahwin.

“Selepas suami meninggal dunia, Joe nampaknya bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan bersama Marini,” katanya yang juga bekas wartawan New Straits Times.

Aishah berkata, majlis pernikahan akan berlangsung pada April tahun depan dan tarikh sebenar akan dimaklumkan selepas ini.


Katanya, majlis pertunangan berlangsung secara ringkas kelmarin.

“Pada awalnya, kami sekadar nak adakan majlis merisik. Tapi, alang-alang saya bawa cincin, kami teruskan dengan majlis pertunangan. Majlis itu dihadiri beberapa anggota keluarga terdekat kedua-dua belah pihak,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Joe dan Marini bagi mendapatkan reaksi mereka tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dibalas. – myMetro Online

Kategori