• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Meskipun Tewas, Anda Tidak Memalukan Negara’ – TMJ

oleh
30/08/2017
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbangga dengan pemain bola sepak negara walaupun kalah dengan Thailand malam semalam.

Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu malahan berkenan untuk bertemu sendiri dengan semua pemain di bilik persalinan dan bersalaman dengan mereka di Stadium Shah Alam di sini.

“Saya ada dua emosi satu kecewa dengan kekalahan dan satu lagi bangga dengan kamu semua (pemain) kamu adalah aset akan datang. Tidak ada seorang pun daripada kamu memalukan negara,” titah baginda.

Menurut TMJ dalam rakaman video rasmi Facebook FAM dimuat naik pukul 11.44 malam tadi, kesemua pemain muda negara itu sudah berkorban untuk negara dan mengucapkan terima kasih kepada semua.

Video ekslusif TMJ berkenaan turut menerima sambutan hangat ramai netizen tempatan apabila meraih 49,000 tanda suka selain hampir 25,000 kali dikongsi dan lebih 2,500 komen.

Namun, baginda mahu mereka menjadikan kekalahan tersebut sebagai pengajaran dan senjata untuk memperbaiki lagi mutu persembahan perlawanan antarabangsa Malaysia pada masa depan.

Sebelum itu, pada masa rehat separuh waktu pertama, TMJ juga turun ke bilik persalinan untuk memberi kata-kata semangat kepada setiap pemain selepas ketinggalan 0-1 kepada pasukan Thailand.

Pasukan Harimau Muda bagaimanapun tewas kepada skuad Gajah Perang dalam aksi akhir Sukan SEA Ke-29 sekali gus mengulangi skrip sama ketika temasya serupa pada 2001 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMSukan SEATMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd