• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meer Nash Nombor 2 Hebat Dunia, Terima Pujian PM

oleh
16/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH diucapkan buat bekas ahli kumpulan VOTEz, Meer Nash berjaya merangkul tempat kedua dalam Pertandingan 16th Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students yang berlangsung pada 12 Ogos lalu di China.

Meer atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nash­rul, penuntut Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam merupakan wakil tunggal Malaysia untuk pertandingan itu.

Meer, 22, mengakui dia pernah merasa hampir berputus asa untuk meneruskan perjuangan dalam pertandingan berkenaan kerana terlalu tertekan.

Berikutan keadaan itu, dia sehingga nekad mengemas barang-barang dan mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.

“Biasalah, adat pertandingan mesti ada waktu yang kita akan rasa sangat tertekan dan nak putus asa.

“Ini pula kali pertama saya pergi ke China seorang diri dan di sana saya tak ada tempat nak mengadu dan meluahkan perasaan.

“Sehinggakan saya nekad mengemas barang untuk pulang ke Malaysia kerana terlalu rindukan keluarga,” kata Meer lapor mStar online.

Namun, Meer kembali bersemangat selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang meletakkan kepercayaan pada bakatnya.

“Ibu dan ayah pula sudah meletakkan harapan yang tinggi sebab itu saya tak nak kecewakan mereka. Selain itu, rakan-rakan juga sentiasa bagi kata-kata semangat dan percaya dengan saya,” luahnya.

Selain berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut, Meer juga berjaya membawa pulang trofi kemenangan bagi peringkat Asia dalam dua lagi anugerah lain, Anugerah Populariti Terbaik dan Anugerah Kepetahan Terbaik.

Kejayaan yang dicapai oleh anak muda itu mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi status di akaun Twitter miliknya.

Pertandingan yang berlangsung selama sebulan di Changsha, China itu telah disertai oleh seramai 145 orang pelajar dari 122 buah negara yang berlainan.

Ketika ditanya tentang perkembangan, Meer memberitahu setelah dua tahun bersama VOTEz kini dia mengambil keputusan untuk bergerak solo.

Keputusan itu diambil adalah atas sebab yang tertentu yang hanya dia sendiri mengetahuinya. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMeer Nash
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd