• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo Ulang Tahun Hubungan Thailand-Malaysia Diperkenal

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kementerian Luar Negeri hari ini memperkenalkan logo bagi memperingati hubungan diplomatik Thailand dan Malaysia sejak 60 tahun lepas, susulan satu pertandingan mereka bentuk logo.

Panel hakim memilih logo berkenaan daripada 70 reka bentuk yang dikemukakan oleh 64 peserta pada pertandingan itu yang diadakan dari April hingga Julai lepas.

Logo berdasarkan identiti kebangsaan kedua-dua negara itu dihasilkan oleh Kritsada Haorang, 23, yang menuntut di Universiti Chiang Mai.

“Saya memilih haiwan kebangsaan Thailand iaitu gajah dan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya kerana kedua-duanya adalah lambang indentiti negara berkenaan. Saya mereka bentuk Gajah dan Bunga Raya untuk menampilkan nombor 60 yang merujuk kepada hubungan diplomatik 60 tahun yang terjalin di antara kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengambil masa beberapa hari untuk membuat konsep dan reka bentuk logo itu.

Kritsada menerima 15,000 Baht (RM1,875) daripada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri Panyarak Poolthup dan dua tiket penerbangan ke Kuala Lumpur daripada Thai Airways.

Seorang pegawai berkata Kementerian Luar Negeri akan mengadakan beberapa acara bagi meraikan ulang tahun hubungan diplomatik berkenaan dengan menggunakan logo berkenaan.

Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Thailand Mohd Faizal Razali turut hadir pada majlis penyampaian hadiah itu, yang diadakan di Kementerian Luar Negeri. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

18/10/2026
0

PUNCAK ALAM – Mynewshub merujuk laporan bertajuk “Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik” yang...

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd