Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Lebih 1,000 Unit Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,183 unit rumah di bawah program Rumah Bina Negara...

Kastam Rampas 4,624 Gading...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam merampas 4,624 unit gading gajah melalui 11 kes...

Pengguguran Kes Guan Eng...

SEJAK mula Lim Guan Eng dilantik sebagai menteri dalam Kabinet kerajaan baharu selepas...

Ibu Baling Bayi Dari...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu yang masih berpantang didakwa di Mahkamah Majistret di...

Letupan Gas: 15 Pelajar Dimasukkan Ke Hospital

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri selepas silinder gas ammonia meletup di Madhya Pradesh tengah India hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Letupan berlaku di sebuah kemudahan penyimpanan sejuk di daerah Chhindwara, Madhya Pradesh, kira-kira 300 kilometer dari Bhopal.

“Seramai 15 pelajar di sekolah Bharatiya Vidya Mandir tidak sedarkan diri dan kesemua mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan,” kata seorang pegawai kanan polis.

Sementara itu, menurut seorang doktor semua mangsa dilaporkan stabil namun masih memerlukan pemerhatian pihak hospital, memetik sumber saluran televisyen tempatan.

Murid di sekolah berhampiran lokasi kejadian turut dipindahkan dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca letupan.


Kejadian kebocoran gas jarang berlaku di India.

Namun pada 1984, menyaksikan 4,000 orang terbunuh selepas kebocoran gas metil isosianat berlaku di kilang Union Carbide di Bhopal dan ia dianggap tragedi paling dahsyat. – BERNAMA

Kategori