Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

LTTE: Permohonan Ikat Jamin...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan ikat jamin...

Lim Guan Eng Mengumpat...

WAH-WAH, nampaknya Lim Guan Eng memang jenis 'cakap tak berlapik' langsung bila memberitahu apa yang difikirkannya kepada sebuah akhbar berbahasa...

AS Harap Malaysia Layak...

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama...

Jenazah 3 Beranak Maut...

MARANG - Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di kilometer 288.6 Lebuhraya...

Letupan Gas: Jasad Chin Hsien Loong Disemadi Sabtu

BUTTERWORTH – Jasad mendiang Chin Hsien Loong, mangsa yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli belah CityOne Megamall di Kuching, Sarawak akan disemadikan menerusi upacara pembakaran di Pusat Krematorium Berapit, Sabtu ini.

Menurut keluarga terdekat mendiang yang enggan dikenali, upacara pembakaran itu dijangka berlangsung pada kira-kira 10.30 pagi Sabtu.​​​​​​​

Terdahulu, mayat Chin, 29, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 4.30 petang sebelum dibawa ke rumah keluarganya di Taman Kimsar, di sini pada pukul 7.30 petang.​​​​​​​

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi kediaman keluarga mendiang apabila anggota keluarga dan sahabat handai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Tinjauan Bernama di kediaman keluarga mendiang mendapati pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Tzu Chi Buddha Malaysia, turut hadir bagi menyempurnakan upacara keagamaan.

Bagaimanapun, usaha media untuk menemu bual ibu bapa mendiang gagal apabila kedua-dua mereka enggan ditemu bual.​​​​​​​​​​​​​​


Dalam kejadian 3.30 petang Selasa, tiga lelaki maut dan 44 orang cedera dalam insiden itu dipercayai disebabkan oleh letupan gas.

Selain Chin, dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai O Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, kedua-duanya dari Kuching. – BERNAMA

Kategori