• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kukuh Perpaduan, Kejatuhan Negara Rakyat Berpecah

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah rakyat hendaklah mengukuhkan perpaduan dengan mengambil iktibar konflik yang menghancurkan beberapa negara di seluruh dunia kerana tiada rasa hormat dan persefahaman antara masyarakatnya.

Menurut baginda kemerdekaan yang dicapai wajar dihayati dan dipertahankan supaya dapat dinikmati dan diwarisi berkekalan oleh generasi akan datang.

“Konflik antara kumpulan memudahkan kuasa asing untuk menyusup masuk dan campur tangan yang akhirnya mencetuskan peperangan sehingga rakyat negara berkenaan hilang ketuanan dan menderita.

Ingatlah, peperangan itu merugikan; bak kata pepatah ‘yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu,’ titah baginda pada majlis perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari kebangsaan 2017 di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, malam ini.

Teks titah baginda dibacakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sehubungan itu baginda menyeru agar rakyat sentiasa menghormati undang-undang dan prinsip Rukun Negara demi ketenteraman, keharmonian dan kesejahteraan di samping bijak menilai musihat pihak tertentu yang ingin melihat negara ini berpecah belah dan ketamadunan bangsa dan maruah negara jatuh.

“Ideologi sekularisme, liberisme dan ektremisme yang membahayakan negara dan menyebabkan masyarakat hilang jati diri dan nilai-nilai agama yang menjadi tunjang keperibadian manusia hendaklah ditolak dengan tegas,” tambah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah rakyat hendaklah memanfaatkan media sosial untuk tujuan baik dengan menggunakannya secara bijak.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan keselamatan kerana sentiasa berdisiplin dan rela berkorban nyawa mempertahankan negara sehingga makmur, dan rakyat dapat hidup dalam suasana aman sejahtera.

“Beta juga ingin mengucapkan rasa kasih dan penghargaan kepada rakyat Perlis yang meluangkan masa hadir beramai-ramai pada malam ini yang merupakan penzahiran rasa cinta dan taat setia kepada negeri dan negara,” tambah baginda. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

18/10/2026
0

PUNCAK ALAM – Mynewshub merujuk laporan bertajuk “Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik” yang...

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd