Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Mansuh Hukuman Mati Belum...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori masih belum dibincangkan...

Lebih RM1 Juta Sehari...

MENGIKUT laporan Astro Awani, kos bagi menyediakan juadah berbuka di Masjid Nabawi mencecah...

AMK Anggap Sarawak Report...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa tindakan menyekat akses kepada laman...

Hilang Sabar, Isteri ‘Lelong’...

MUNGKIN kerana terlalu geram dengan perangai suaminya, seorang wanita bertindak melakukan sesuatu yang...

Korea Utara Enggan Layan Rundingan

NEW YORK – Korea Utara tidak akan berbincang mengenai program senjata nuklearnya selagi dasar permusuhan dan ancaman nuklear Amerika Syarikat (AS), berterusan.

Pendirian itu disuarakan oleh Timbalan Duta Korea Utara, Kim In Ryong, kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Dalam perbualan telefon Kim dengan Guterres, Kim berkata: “Selagi dasar permusuhan dan ancaman nuklear AS berterusan, Korea Utara tidak akan berbincang mengenai pertahanan nuklear atau berundur.”

Guterres kelmarin berkata, sudah tiba masanya ‘mengurangkan retorik dan meningkatkan diplomasi’ mengenai Korea Utara.

Beliau turut memaklumkan kepada Russia, Jepun, AS, China, Korea Utara dan Korea Selatan, kesediaannya menjadi orang tengah rundingan.


Minggu lalu, Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Korea Utara akan bertindak balas jika negara itu mengancam AS, memaksa Pyongyang merancang membedil peluru berpandu ke arah wilayah AS di Guam.

Namun, media Korea Utara melaporkan, pemimpinnya, Kim Jong-Un, menangguhkan keputusan itu untuk melihat tindakan AS seterusnya. – REUTERS/BH ONLINE

Kategori