• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Tak Jejas ‘Periuk Nasi’ Afifah Nasir

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI yang melanda pelakon Afifah Nasir tidak pernah melenturkan semangat yang ada dalam dirinya bagi meneruskan karier sebagai anak seni.

Kata Afifah, dia enggan menoleh ke belakang mengenang kejadian yang berlaku sebaliknya berazam untuk sentiasa bersikap positif.

Malah adik kepada aktres Anzalna Nasir ini memberitahu kontroversi itu juga telah mematangkan dirinya selain mengajar dia agar tidak mudah mempercayai orang sekeliling.

“Kehidupan kena diteruskan dan Alhamdulillah apa yang berlaku tidak mematahkan semangat saya.

“Cuma saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk saya agar tidak lagi terpalit dengan kontroversi.

“Saya semakin matang dan kejadian itu juga banyak mengajar saya agar tidak mudah mempercayai orang disekeliling kita,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Afifah, itu tidak bererti dia akan mengasingkan diri daripada semua orang kerana bimbang terpalit dengan kontroversi sebaliknya membataskan pergaulan agar tidak timbul masalah.

“Takkan orang baik, kita hendak buat sombong pulakan? Apabila saya kata tidak mahu percaya orang sekeliling bukanlah bererti saya mengasingkan dan menyendiri.

“Saya tetap seperti biasa cuma lebih berhati-hati kerana kita tidak tahu niat orang ini macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, Afifah berkata, dia bersyukur rezeki dalam bidang seni tidak terjejas dan memberitahu tawaran berlakon masih ada.

Malah katanya, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri 70 episod iaitu Syurga Yang Kedua disamping Fasha Sandha, Zarul Husin dan Siti Elizad.

“Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Syurga Yang Kedua.

“Seronok bekerja dengan nama-nama besar dalam projek ini kerana barisan pelakon seperti Fasha banyak beri kata-kata semanga dan positif,” ujarnya.

Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didapati bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan. – mStar Online

Tags: Afifah NasirAliff Azizkontroversi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd