Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Letupan Di Jakarta: Sasaran...

JAKARTA - Dua ledakan bom selang lima minit di kawasan terminal bas awam Transjakarta...

Tahniah Jin Wei Menang...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

KPN Dahului 250 Penerima...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Hutang 1MDB Hanya Alasan...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Menteri...

Komuter & ETS Alami Gangguan Perjalanan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan mengalami gangguan waktu perjalanan antara 20 hingga 30 minit dari jadual asal disebabkan insiden kegelinciran tren kargo yang berlaku di KM386.800, antara laluan Stesen Kuala Lumpur dan Stesen Bank Negara, pada 4.30 pagi tadi.

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan mengalami gangguan perjalanan antara 15 hingga 20 minit.

KTM Berhad dalam kenyataan berkata pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan menjangkakan perkhidmatan tren akan beroperasi seperti biasa pada 4 petang ini.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sebarang perkembangan terkini berkaitan perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman web www.ktmb.com.my serta Facebook KTM Berhad dan Twitter @ktm_berhad. – BERNAMA

Kategori