• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Malaysia Raih Perak Kriterium Wanita

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia meraih pingat perak dalam acara Kriterium Wanita Sukan SEA Ke-29 yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.

Pelumba negara Ju Pha Som Net terpaksa berpuas hati di tempat kedua walaupun berjaya mengekori rapat pelumba Vietnam Thi That Nguyen yang meraih emas.

Pada edisi ke-28 di Singapura, Ju Pha meraih gangsa dalam acara sama.

Pelumba Thailand yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Sea Singapura 2015 Jutatip Maneephan sekadar meraih gangsa.

Ketiga-tiga pemenang bagaimanapun mencatatkan masa yang sama iaitu masing-masing 1:02:09 saat selepas mengharungi tujuh pusingan melibatkan jarak sejauh 35 kilometer.

Sementara seorang lagi pelumba negara Nur Aisyah Mohamad Zubir yang turut mencatatkan masa yang sama 1:02:09 bagaimanapun mengakhiri saingan di tempat kelapan.

Edisi ke-29 kali ini bagi acara Kriterium wanita juga menyaksikan saingan sengit semua pelumba dengan 11 daripadanya merekodkan masa yang sama iaitu 1:02:09 saat manakala dua lagi peserta masing-masing daripada Kemboja dan Thailand mencatatkan masa 1:02:18 saat dan 1:02:23 saat.

Seramai 13 pelumba mengambil bahagian acara kriterium wanita iaitu daripada Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja, Singapura dan tuan rumah Malaysia. – BERNAMA

Tags: basikalSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd