Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Setiap Pemain Bola Kelab...

SHANGHAI - Ketika banyak pasukan bola sepak bersaing mencari pemain import terbaik, sebuah...

Ibu, Anak Sah Warga...

BANGKOK - Dua beranak iaitu ibu dan anak lelakinya disahkan sebagai rakyat Malaysia...

Kes Denggi Di Kelantan...

KOTA BAHARU - Sejumlah 834 kes denggi direkodkan sejak 1 Jan sehingga semalam,...

Datuk Mokhtar Hashim Meninggal...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, meninggal...

Kerajaan Siap 190 Projek Rumah Terbengkalai

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjaya menyiapkan 190 projek perumahan swasta terbengkalai di Semenanjung Malaysia sejak 2009, yang membabitkan 34,451 pembeli rumah.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata jumlah itu adalah antara 253 projek perumahan swasta terbengkalai di Semenanjung Malaysia sehingga 28 Julai lepas.

“Selain itu, 15 projek dalam pelbagai peringkat pemulihan pembinaan dan 48 projek lagi dalam perancangan pemulihan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Normala bertanyakan mengenai jumlah projek dan dana yang dikeluarkan kementerian itu bagi menyiapkan projek-projek perumahan yang terbengkalai serta kriteria yang menyebabkan suatu projek perumahan dikategorikan sebagai projek terbengkalai.

Noh berkata bagi memulihkan 32 projek sahaja, kerajaan membelanjakan RM219.54 juta.


Menurutnya projek perumahan dikategorikan sebagai terbengkalai jika ia tidak siap mengikut tempoh perjanjian jual beli serta tiada aktiviti ketara di tapak pembinaan selama enam bulan secara berterusan atau pemaju memaklumkan tidak berupaya meneruskan projek itu. – BERNAMA

Kategori