• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perluas Pasang Penghadang Jalan Keselamatan Beroda

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemasangan penghadang jalan keselamatan beroda di Jalan Lapangan Terbang Subang dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 94 peratus dalam tempoh enam bulan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata ia akan diperluaskan dari selekoh arah bulatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke lebuhraya KLIA di Sepang pada akhir bulan ini.

“Berdasarkan keberkesanan pemasangan penghadang di Subang yang telah siap dilaksanakan pada 14 Dis 2016, kementerian bercadang meluaskan di kawasan baharu pula dengan memberi tumpuan kepada lokasi yang kerap berlaku kemalangan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (BN-Mukah) yang ingin tahu sejauh mana sistem penghadang jalan keselamatan beroda telah berjaya mengurangkan impak kemalangan jalan raya sejak dilaksanakan.

Menjelas lanjut, beliau berkata faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan secara langsung atau tidak langsung adalah disebabkan  penghadang jalan keselamatan beroda mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik berbanding penghadang jalan keselamatan konvensional.

Rosnah berkata antara ciri tersebut termasuk mempunyai mekanisme pantulan cahaya yang lebih jelas dilihat khususnya pada waktu malam, kebolehan menyerap tenaga kejutan dan keupayaan menyerap beban hentaman kepada beban putaran yang secara langsung akan mengurangkan  impak pelanggaran kepada kenderaan dan pemandu.

Kementerian sedang melaksanakan analisis manfaat kepada kos kerana kos permulaan pemasangan penghadang tersebut RM1,500 per meter iaitu enam kali lebih mahal berbanding penghadang jalan konvensional RM250 per meter, katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd