Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

FAS Tuntut Selangor Pindah...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menuntut kerjasama daripada kerajaan Selangor...

Seorang Rakyat Malaysia Cedera...

JAKARTA - Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian tsunami di Selat Sunda,...

Bayi Lemas Dalam Baldi:...

SHAH ALAM - Ibu kepada Abdul Rayyan Mijan, sembilan bulan yang lemas di...

4 MP Bersatu Sabah...

Empat ahli parlimen Sabah yang meninggalkan Bersatu tidak mempunyai pilihan selain mengosongkan kerusi...

Perak Lancar SPATA Mudah Urus Aset Telekomunikasi

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perak hari ini melancarkan Sistem Pengurusan Audit Telekomunikasi Amanjaya (SPATA), satu aplikasi dalam talian bagi meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan pengurusan aset-aset telekomunikasi di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata sistem itu bertujuan memudahkan semua syarikat telekomunikasi di Perak dalam berurusan dengan agensi-agensi kerajaan negeri berkaitan proses audit keselamatan dan pembayaran pembaharuan permit mendirikan infrastruktur telekomunikasi masing-masing.

“Aplikasi ini akan membantu kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mengesan dan membuat pemantauan terhadap infrastruktur-infrastruktur telekomunikasi yang tidak mempunyai permit.

“Syarikat-syarikat telekomunikasi turut boleh menyemak tarikh luput permit dan status audit keselamatan mereka yang dinilai menerusi Garis Panduan Pembinaan dan Pembaharuan Struktur Telekomunikasi ditetapkan oleh kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran SPATA, di sini hari ini.

SPATA  adalah hasil inisiatif antara agensi penyelaras infrastruktur telekomunikasi bagi kerajaan negeri Perak, KPerak Implementation and Coordination Corporation (KPerak) dan Op Global Link Sdn Bhd (OPG Link), iaitu syarikat yang menyediakan kepakaran dalam perkhidmatan pengauditan bagi aset telekomunikasi.

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran dokumen memorandum perjanjian persefahaman antara KPerak dan OPG Link, yang masing-masing diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Mohd Nazaruddin Mohd Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif OPG Link, Sofia Akzan Amir.


Nolee Ashilin berkata setakat ini terdapat hampir 3,000 infrastruktur telekomunikasi yang didirikan tanpa permit di negeri itu manakala hanya 1,400 sahaja yang didapati berdaftar.

“Menerusi sistem ini, pihak PBT dapat membuat pemantauan secara berterusan terhadap pembinaan infrastruktur haram yang sememangnya memberi kesan dalam kutipan hasil pendapatan kerajaan negeri,” katanya.

Katanya syarikat-syarikat telekomunikasi boleh menyemak status audit aset telekomunikasi dan membuat pembayaran pembaharuan permit menerusi sistem itu secara percuma dengan memuat turun aplikasi SPATA melalui Google Play Store mulai 14 Ogos ini. – BERNAMA

Kategori