• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Isteri Korea Fasih ‘Kecek Kelate’

oleh Ahmad Albab
06/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketika tiba di pekarangan rumah di Kampung Padang Bongor, di sini, semalam, kelihatan pasangan suami isteri muda sibuk mengait buah rambutan.

Si suami seorang yang berbangsa Melayu, anak jati Kelantan, manakala isterinya berlainan dari segi bangsa, kulit, penampilan dan perwatakan.

Pasangan itu ialah Muhamad Khalid Ismail, 29, dan Lee-Seul, 28, rakyat Korea Selatan yang perkahwinan mereka tular di media sosial sejak April lalu.

Kisah mereka pernah disiarkan Harian Metro Online pada 17 April. Sebelum itu, Muhamad Khalid sendiri tular di media sosial sejak Februari kerana fasih berbahasa Korea.

Dia malah pernah muncul di stesen televisyen Korea Selatan untuk program realiti selain sempat berkongsi keunikan Malaysia.

Kedua-duanya yang menetap di bandar Gunpo, Gyeonggi, Korea Selatan pulang ke Malaysia untuk bercuti sejak Ahad lalu dan memperkenalkan Lee kepada sanak-saudara di Kelantan.

Lee berkata, dia dapat menyesuaikan diri dengan negeri ini dan tidak mempunyai masalah kerana cuaca panas ketika ini hampir menyamai musim panas di negaranya.

“Cuma, saya akui sukar juga sesuaikan diri dengan persekitaran kampung kerana tidak tahan dengan nyamuk memandangkan suasana kampung di Korea Selatan sangat berlainan, kami mengalami proses urbanisasi yang pesat.

“Tetapi ini bukan masalah besar kerana keluarga mentua sangat baik dan banyak membantu saya. Saya teruja apabila dapat mengenali keluarga besar di sini,” katanya yang juga guru di pusat jagaan kanak-kanak di negaranya.

Walaupun usia perkahwinan mereka baru memasuki empat bulan, Lee mengakui banyak belajar mengenai budaya tempatan dan bahasa pertuturan terutama loghat Kelantan.

“Saya sudah tahu apa itu makan, minum, selamat pagi, sedap, bagus, terima kasih dan sama-sama. Apabila pulang ke sini, saya tambah satu lagi perkataan iaitu (loghat Kelantan) ‘gelepar dodey-dodey’ yang maksudnya sangat teruja.

“Sama macam saya yang teruja berada di sini,” katanya yang sentiasa ceria dan suka mempelajari sesuatu yang baru.

Ditanya mengenai makanan tempatan digemarinya, wanita itu akui hanya mampu menelan makanan pedas dan masam yang menyamai masakan Korea Selatan selain sangat menggemari roti canai dan sambal.

“Saya sudah rasa nasi kerabu dan sedap rasanya. Saya tahu Kelantan juga terkenal dengan budu namun masih belum berani untuk mencubanya,” katanya.

Muhamad Khalid berkata, dia masih dalam tempoh membimbing isterinya mendekatkan diri dengan ajaran Islam dan enggan terlalu memaksa memandangkan usia Lee memeluk Islam masih baru.

“Buat masa sekarang, saya hanya menekankan ibadat solat berjemaah di rumah kerana di tempat kerja isteri tidak disediakan ruang bersolat,” katanya yang juga graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Korea Selatan.

Lee juga mula membiasakan diri mengenakan tudung terutama jika ke majlis agama yang memerlukan wanita bertudung.

Dia yang sudah 10 tahun menetap di Korea Selatan berkata, kini dalam proses membangunkan syarikat sendiri dalam pembekalan bahan mentah untuk sektor perumahan.

Sementara itu, ibu Muhamad Khalid, Norizan Ismail, 57, berkata, ia hikmah kepada anaknya kerana terpilih untuk membimbing saudara baru dan tidak menafikan cabaran itu besar.

“Saya tidak pernah menghalang anak untuk mencari jodoh masing-masing asalkan tahu membimbing dan mencorakkan keluarga dan dalam hal Lee, kami tidak terlalu memaksa untuk dia terus berubah 100 peratus menjadi Muslim sejati,” katanya. – myMetro Online

Tags: Korea SelatanSuami Isteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd