Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

IS Didakwa Seludup Pengganas...

JAKARTA - Pengarah Badan Antipengganas Kebangsaan (BNPT), Saud Usman Nasution memberitahu, kumpulan Negara...

Brad Pitt Cacah Tatu...

PELAKON Brad Pitt mendedikasikan tatu terbaharunya kepada isteri, Angelina Jolie dan tiga anak...

Skim Subsidi Luar Bandar...

MIRI - Kerajaan akan memperkenalkan skim subsidi luar bandar baharu di Sarawak bagi...

Wefie Terlampau, 3 Gadis...

FENOMENA swafoto sudah tidak asing lagi dalam kalangan remaja masa kini patah lagi...

Kim K Sumbang AS$500,000 Untuk Mangsa Harvey

LOS ANGELES – Selebriti rancangan realiti, Kim Kardashian dan keluarganya menyalurkan sumbangan AS$500,000 (RM2.1 juta) kepada usaha bantuan Taufan Harvey.

Beliau menyertai barisan bintang lain seperti Jennifer Lopez, Dwayne Johnson, pemain NFL J J Watt dan pelawak Kevin Hart yang menjanjikan dana bagi membantu ribuan penduduk terjejas akibat bencana itu di Texas.

Kardashian dan saudara perempuannya, Khloe dan Kourtney serta ibu mereka, Kris Jenner, membuat janji itu di Twitter, menyalurkan dana mereka kepada pertubuhan Palang Merah dan Salvation Army.

“Houston, kami mendoakan kamu! Ibu, adik beradik perempuan saya dan saya akan menderma AS$500,000,” katanya menerusi Twitter.

Ribut Tropika Harvey, yang melanda Texas sebagai taufan hujung minggu lalu, menyebabkan banjir teruk di negeri itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dan melumpuhkan Houston.


Pegawai bandar raya sudah bersiap sedia memberi perlindungan kepada 19,000 penduduk, dengan ribuan lagi dijangka meninggalkan kawasan terjejas. – Reuters/BH Online

Kategori