• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Membuat Cat & Bahan Kimia Terbakar

oleh Ahmad Albab
10/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang membuat cat dan stor penyimpanan bahan kimia musnah dalam kebakaran di Persiaran Teknologi Subang Hi-Tech Industrial Park, Subang Jaya awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.41 pagi dan segera mengerahkan pasukan menyelamat ke lokasi kejadian.

“Seramai 57 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Shah Alam, Kota Anggerik, Puchong, Sungai Pinang, Klang dan Hang Tuah dari Kuala Lumpur terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran.

“Api merebak dengan cepat menyebabkan bangunan dua tingkat itu terbakar sebanyak 90 peratus namun api dapat dikawal pukul 8 pagi ini dan kerja-kerja pemadaman api masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Sani berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

Tags: kebakarankilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd