• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Strategik Rumah Putih Dipecat Trump

oleh Ahmad Albab
20/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memecat Ketua Strategik, Steve Bannon hari ini.

Satu sumber yang rapat dengan Bannon berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan secara sukarela.

“Bannon tidak akan melepaskan jawatannya, sebaliknya menunggu beliau dipecat oleh Rumah Putih. Hingga saat ini beliau masih melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan, termasuk beberapa projek,” katanya.

Akhbar The New York Times bagaimanapun memetik kenyataan seorang individu yang akrab dengan Bannon bahawa surat peletakan jawatan beliau sudah dihantar 7 Ogos lalu.

Menurut individu terbabit, pengumuman berhubung peletakan jawatan Bannon sepatutnya dibuat minggu ini tetapi ditangguhkan susulan kekecohan dalam tunjuk perasaan di Virginia.

Bannon dilihat sebagai mencemarkan imejnya sendiri selepas bersetuju diwawancara oleh American Prospect minggu ini, yang memperlihatkan beliau seolah-olah mengenepikan kedudukan Trump dalam isu membabitkan Korea Utara.

Beliau mendakwa tidak menyedari kenyataan terbabit dirakam kerana beranggapan sedang berbual bersama seorang ahli akademik.

Bannon juga dikatakan memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau boleh kembali menyertai agensi berhaluan kanan Breitbart News jika disingkirkan dari Rumah Putih. – Reuters/BH ONLINE

Tags: White House
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siti Endon Trauma Tinggal Di Bilik Sewa

Next Post

Hanyut ‘Dimamah’ Jambatan Di India

Related Posts

Kokain Ditemui Di White House

Kokain Ditemui Di White House

06/07/2023
0

WASHINGTON – Dadah jenis kokain ditemui di ruang yang sering digunakan oleh pelawat dan bukan ketika Presiden Joe Biden serta...

Datuk Bandar Beragama Islam Dilarang Hadiri Majlis Aidilfitri Di White House

Datuk Bandar Beragama Islam Dilarang Hadiri Majlis Aidilfitri Di White House

02/05/2023
0

WASHINGTON: Seorang datuk bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri White House semalam yang turut dihadiri Presiden Joe...

Next Post

Hanyut 'Dimamah' Jambatan Di India

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd