• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GEMPAR!!! – Trump Terselamat Cubaan Membunuh Di White House

Dipindahkan Ke Lokasi Selamat

oleh Mynewshub
26/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
GEMPAR!!! – Trump Terselamat Cubaan Membunuh Di White House
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

WASHINGTON – Suasana di acara White House Correspondents Dinner  bertukar cemas malam ini apabila beberapa bunyi tembakan kedengaran di kawasan lobi lokasi majlis berkenaan.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/nicksortor_20260426__2048202390633861531_1_20482021201729085440.mp4

Menurut maklumat awal yang tular di media sosial, individu bersenjata dipercayai melepaskan tembakan sebelum berjaya dilumpuhkan oleh pasukan keselamatan.

Sumber tidak rasmi turut mendakwa United States Secret Service telah menahan seorang suspek, manakala penyerang dikatakan maut di tempat kejadian.

Namun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai butiran tersebut.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/TheSaviour_20260426__2048205805829140578_4_20482057208528117760.mp4

Dalam perkembangan sama, Donald Trump dilaporkan telah dipindahkan ke lokasi selamat sebagai langkah berjaga-jaga.

Rakaman video yang tersebar di platform X dan Telegram pula didakwa memaparkan detik bunyi tembakan, namun kesahihan rakaman tersebut masih belum dapat disahkan secara bebas.

Setakat ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan, termasuk status sebenar ancaman serta jumlah mangsa jika ada.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan menunggu pengesahan daripada sumber rasmi.

Perkembangan lanjut dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.-MYNEWSHUB

Tags: Donald TrumpWhite House
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Ugut Tarif 50% Ke Atas Negara Bekal Senjata Kepada Iran

Trump Ugut Tarif 50% Ke Atas Negara Bekal Senjata Kepada Iran

09/04/2026
0

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi mencetuskan perhatian global apabila mengancam untuk mengenakan tarif sehingga 50 peratus...

Trump Beri Ultimatum 48 Jam Kepada Iran Berkaitan Selat Hormuz

Trump Beri Ultimatum 48 Jam Kepada Iran Berkaitan Selat Hormuz

05/04/2026
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu berkata, Iran mempunyai tempoh 48 jam untuk memenuhi tuntutan Washington...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd