• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Keracunan Makanan: Cuma 1 Atlet Masuk HKL

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa sedang menyiasat punca menyebabkan 16 atlet Malaysia yang menyertai pelbagai acara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mengalami keracunan makanan.

Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF), Tan Sri Tunku Imran Tunku Ja’afar bagaimanapun berkata hanya seorang daripada mereka yang dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur dan dijangka keluar hospital hari ini.

Kontinjen Malaysia berpangkalan di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ampang.

Beliau berkata pegawai dari Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Sukan Negara sedang meneliti insiden itu.

Tunku Imran, yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menolak kemungkinan insiden itu berpunca daripada makanan luar yang diambil atlet.

“Menu adalah standard di kesemua hotel… ia adalah menu atlet dan bergantung kepada sukan dan keperluan diet atlet,” beliau memberitahu satu sidang akhbar di pusat media KL2017 di sini hari ini.

Kontinjen tuan rumah Malaysia berjumlah 1,234 orang termasuk 844 atlet dalam edisi ke-29 sukan serantau itu yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo berkata maklumat lanjut mengenai insiden ini akan dikeluarkan selepas menerima laoran penuh daripada pihak berkuasa berkaitan.

“Agak sukar untuk mengenal pasti punca (keracunan makanan) kerana atlet mewakili sukan berbeza dan pergi ke venue yang berlainan. Kerana itulah kenapa kami perlu berhati-hati kerana kami tidak mengetahui puncanya,” katanya.

Dalam isu lain, Tunku Imran berkata mereka yang dipertanggungjawabkan dalam soal keselamatan perlu lebih berjaga-jaga di dalam acara di mana ketegangan adalah tinggi dengan kecenderungan kelakuan penonton yang tidak terkawal.

Mengenai aduan isu pengangkutan KL2017, beliau berkata: “Kami tahu pengangkutan tidak sempurna, Ia perlu menjadi baik atau lebih baik.” – BERNAMA

Tags: Kes Keracunan MakananTan Sri Tunku Imran Tunku Ja'afar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Keracunan Makanan: Polis Tunggu Laporan Kimia

Kes Keracunan Makanan: Polis Tunggu Laporan Kimia

19/07/2024
2

GOMBAK - Polis masih menunggu laporan kimia bagi melengkapkan siasatan kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian, 10 Jun lalu....

Polis Rakam Lapan Keterangan Berkaitan Kes Keracunan Makanan

Polis Rakam Lapan Keterangan Berkaitan Kes Keracunan Makanan

12/06/2024
0

Polis telah merakam keterangan lapan individu dalam siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd