Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Waytha Moorthy, Maszlee Kena...

KUALA LUMPUR - ‘Keletah’ dua menteri yang sejak kebelakangan ini kerap undang isu...

BN Johor Tekad Pastikan...

JOHOR BAHRU — Barisan Nasional (BN) Johor tekad memastikan Timbalan Presiden Pakatan Harapan,...

Adik Beradik Rentung Lori...

PATTANI - Pemandu dan kelindan maut apabila lori membawa minyak diesel dinaiki mereka...

Hak PAS Jumpa Dengan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob berkata PAS mempunyai hak untuk...

Keluar Makan Sama, Peminat Doa Adam-Fatin Rujuk

BEBERAPA hari lalu kecoh di laman sosial apbila orang ramai tahu pasangan Adam Shahz dan Fatin Afeefa tidak lagi bersama. Kali ini, kecoh pula apabila peminat-peminat mereka berdoa agar mereka rujuk kembali.

Ini semua kerana sebuah gambar yang dimuat naik Adam menerusi Instagramnya, yang mana memaparkannya sedang makan malam bersama bekas isterinya.

Baca: Adam Shahz, Fatin Afeefa Sudah Bercerai Rupanya…..

Pelakon drama bersiri Juvana itu mengakui masih keluar bersama Fatin walaupun mereka telah sah bercerai baru-baru ini.

“Tak salah rasanya kalau saya keluar dengan bekas isteri. Yang berlaku biarlah berlaku. Tak perlu bermusuh. Kita semua hamba-Nya dilahirkan atas rasa cinta,” lapor sebuah akhbar.

“Kenapa perlu letak benci kalau tidak lagi bersama,” ujarnya.

Rata-rata ramai peminat mendoakan mereka supaya kembali rujuk.


Pasangan ini bercerai pada 30 Mei lalu apabila Adam melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Adam,35, mendirikan rumah tangga dengan Fatin Afeefa, 22, pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian berusia 4 tahun dan Ivy Herra Sophia, 2 tahun.

Macam ni la pasangan yang bagus, walaupun sudah tidak lagi bergelar suami isteri tapi masih mengekalkan hubungan yang baik demi kebaikan kedua cahaya mata mereka. Kudos! –MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori