• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raya Tanpa Isteri, Adam Tiada Sebab Untuk Sedih

oleh
14/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUN ini merupakan tahun kedua pelakon Adam Shahz meraikan Aidilfitri tanpa isteri di sisi tetapi ia langsung tidak mendatangkan sebarang sebab untuknya bersedih.

Adam yang telah sah bercerai dengan pelakon Fatin Afeefa pada penghujung Mei tahun lalu tetap berasa gembira apabila hari raya ini dia bakal menyambutnya bersama puteri tunggalnya, Ivy Herra Sophia.

“Alhamdulillah kehidupan saya lebih baik dan teratur selepas bercerai… nak kata keseorangan raya ini jawapan saya tidak.

“Anak menyambut Aidilfitri dengan saya tahun ini, tiada apa perlu disedihkan.

“Insya-Allah kami dua beranak akan pulang ke kampung saya di Melaka dan semua persiapan pun sudah dilakukan,” katanya kepada portal mStar Online.

Setelah setahun memegang status sebagai bapa tunggal, Adam tetap tidak berasa kekok bagi menguruskan keperluan puterinya yang kini sudah memasuki usia tiga tahun.

Malah ketika dia masih berumah tangga bersama Fatin, dialah yang bertanggungjawab akan menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan oleh mereka sekeluarga.

“Saya tak pernah rasa kekok bergelar bapa tunggal kerana sebelum ini pun saya memang sudah terbiasa uruskan semua benda dalam rumah tangga.

“Ada hikmahnya saya buat semua benda sebelum ini kerana sekarang saya tidak berasa kekok malah rasa seronok dapat buat semua sendiri untuk anak,” ujarnya lagi.

Kata orang hati yang kosong perlu diisi dengan cepat supaya tidak berasa sunyi kemudian hari.

Namun bagi pelakon filem Juvana itu, dia menjelaskan bahawa dirinya kini masih belum lagi terfikir untuk mencari pengganti selepas mahligai yang dibina itu musnah begitu sahaja.

Bagaimanapun, dia kini lebih gembira hidup bersendirian serta memberi perhatian dalam membesarkan Ivy serta karier seninya yang kini sudah semakin meningkat naik semula. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: adam shahznetize
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Shahz Beri Cadangan Kepada Dr. Maszlee

27/08/2018
0

PELAKON Adam Shahz memberi cadangan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk mewajibkan pelajar sekolah menengah menyertai badan beruniform atau...

Adam Shahz Sanggup Bersumpah Depan Al-Quran

18/02/2018
0

SEPANJANG minggu lalu, industri hiburan tanah air dihangatkan dengan kisah 'perang mulut' di antara bekas suami isteri, Adam Shahz dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd