• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekang Rabies: Ops PBT Pengerang Kejar Anjing Liar

oleh AK-47
08/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang hari ini melancarkan Ops Kejar bagi menangkap anjing liar yang berkeliaran sekitar kawasan berkenaan dalam usaha mencegah penularan penyakit rabies.

Setiausaha PBT Pengerang, Shamsulbahri Md Dali berkata pada operasi tersebut, seramai 35 anggota terdiri daripada pasukan vektor dan kontraktor ditugaskan untuk menjalankan operasi berkenaan.

Menurutnya, operasi yang membabitkan kawasan tumpuan umum dan yang mempunyai kepadatan warga asing yang berpotensi terdedahnya wabak tersebut, telah berjaya menangkap 10 ekor anjing liar.

“Operasi ini dilakukan rentetan daripada aduan yang diterima. Kita dalam tempoh sebulan  menerima  sebanyak 15 aduan daripada orang awam.

“Kehadiran haiwan ini bukanlah baru tetapi sudah ada sekian lama dan apabila PBT Pengerang  diwujudkan, kita terus melakukan operasi,” katanya.

Shamsulbahri berkata PBT Pengerang melihat perkara ini serius dan komited melaksanakan  pencegahan penyakit rabies.

Bagi pemilik yang mahu memelihara anjing juga, disarankan agar memohon lesen anjing kepada pihak PBT Pengerang supaya memastikan anjing dipelihara disuntik bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

Selain itu, pemilik yang sudah memiliki lesen berkenaan perlulah memastikan anjing mereka diikat, tidak berkeliaran bagi mengelakkan dari dikompaun.

Beliau juga menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa berada di kawasan tumpuan umum dan segera membuat aduan kepada PBT Pengerang sekiranya terdapat anjing yang berkelakuan ganas dan membahayakan. – BERNAMA

Tags: Anjing LiarKes RabiesOps PBTShamsulbahri Md Dali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khairy Tak Campur Tangan Keputusan Pemilihan Atlet

Next Post

Melaka Dilanda Banjir, Sebuah Pusat Pemindahan Dibuka

Related Posts

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

Suri Rumah Pula Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bersenam

10/05/2025
0

Gombak: Satu lagi kes serangan anjing liar dilaporkan di kawasan Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, hari ini. Suami mangsa,...

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

10/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti itu susulan...

Next Post

Melaka Dilanda Banjir, Sebuah Pusat Pemindahan Dibuka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd