Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Islam Ajar Ikhtiar Cari...

ISLAM mengajar umatnya supaya berikhtiar dan berusaha mencari penawar bagi merawat penyakit dihadapi.Menteri...

Sokong BN Demi Kesinambungan...

SEMPORNA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta...

Harga Kereta Tak Semestinya...

PETALING JAYA - Harga kereta tidak semestinya akan turun selepas pelaksanaan Cukai Barangan...

Agihan Pendapatan ASB 5.25...

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional...

KDN Lancar Talian Khas Anti Pemerdagangan

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan talian khas Antipemerdagangan Orang bagi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) di bawah 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) pada 30 Julai, kata Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Beliau yang juga Pengerusi MAPO berkata  pelancaran talian khas 03-8000 8000 itu adalah melalui pendekatan  National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan selaras dengan aspirasi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Talian khas ini beroperasi dari 7.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Seramai enam orang pegawai    akan mengendalikan talian khas ini yang akan menyalurkan aduan/laporan kepada agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alwi berkata orang ramai juga boleh membuat aduan/laporan di luar waktu operasi di mana pegawai bertugas akan mengambil tindakan  berdasarkan rakaman laporan yang diterima pada keesokan harinya.


“KDN menyeru orang awam membuat laporan serta-merta sekiranya mempunyai maklumat atau mengetahui sebarang aktiviti yang melibatkan jenayah pemerdagangan orang atau penyeludupan migran,” katanya. – BERNAMA

Kategori