PASANGAN Jovian Mandagie dan Nina Sabrina Ismail Sabri merupakan pasangan romantis yang selalu berkongsi kemesraan mereka menerusi laman Instagram.
Orang kata sampai bersemutlah baca caption gambar-gambar mereka ini. Isteri kepada pereka fesyen terkenal ini mengakui yang Jovian sudah mereka beberapa baju untuk bayi sulung mereka yang bakal lahir November ini.
Katanya lagi, Jovian yang paling teruja menyiapkan persiapan untuk menyambut bayi perempuan mereka itu.

“Jovian memang sangat teruja untuk menanti kelahiran bayi kami. Semua persiapan menyambut orang baru itu dalam keluarga kami dia yang uruskan.
“Bukan sahaja daripada barang kelengkapan bayi serta bilik bayi malah dia sudah mula mereka beberapa baju untuk anak kami.
“Bayangkan, dia sudah ada beberapa design baju anak kami untuk majlis aqiqah dan hari lahir pertama dia nanti.
“Saya beruntung kerana mempunyai suami yang lakukan semuanya,” katanya dipetik laporan Astro Awani.
Wahh.. baby belum lahir lagi dah ada baju untuk first birthday nanti! Bertuah Nina memiliki husband yang loving and caring macam ni kan… Lihat saja semasa mereka bercuti di Itali, siap buat photoshoot babymoon lagi.
Mereka juga boleh dikatakan selalu update keadaan babynya itu di Instagram buat tontonan peminat.
Nina juga menyatakan yang semuanya berjalan dengan lancar semasa dalam proses kehamilan, namun kini dia mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam.
“Alhamdulilah apabila dengar cerita kebanyakan ibu lain yang lemah ketika hamil, saya bersyukur kerana masih boleh aktif bekerja dan menjalani kehidupan seharian.
“Malah ketika trimester pertama pun saya hanya mabuk di sebelah pagi dan boleh keluar bekerja seperti biasa selepas itu.
“Cuma kini apabila sudah masuk trimester ketiga, saya mengalami kesukaran hendak tidur malam kerana baby aktif menendang.
“Jadi, biasa saya akan tidur selepas jam 5 pagi dan bangun tengah hari keesokan harinya serta bekerja seperti biasa,” katanya lagi.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan kedua-duanya kini sedang sibuk dengan bisnes butik dan kedai kek Fluff Bakery di Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC / Aisyah Karim

