• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia pada Rabu, mula bergerak secara berperingkat ​​​​​ke Arafah untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji, pada Khamis (31 Ogos).

Mereka bergerak daripada maktab penginapan masing-masing ke Arafah, yang jaraknya kira-kira 25 kilometer dari Masjidil Haram di sini, bermula 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) pada 8 Zulhijjah (30 Ogos), dan dijangka selesai pada tengah malam ini.

Pergerakan jemaah melibatkan 20 bas disediakan bagi setiap maktab yang akan membawa jemaah dalam tiga penggi­liran perjalanan.

Ini bermakna 280 bas disediakan bagi membawa jemaah di 14 maktab penginapan membabitkan keseluruhan 840 perjalanan.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyempurnakan majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji Maktab 74 dan 75 ke Arafah di Ibu Pejabat TH Makkah di Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini.

Wukuf adalah rukun haji yang dilakukan dengan seluruh jemaah berada di padang Arafah pada satu waktu yang sama iaitu mulai daripada tergelincirnya matahari (waktu Zohor) pada 9 Zulhijjah (31 Ogos) sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.

Dianggarkan lebih dua juta umat Islam seluruh dunia akan berkumpul di Arafah untuk menjalani ibadah wukuf, rukun yang jika ditinggalkan menyebabkan haji tidak sah.

Cara pelaksanaan ibadah wukuf ini adalah dengan berdiam diri (dan berdoa) di padang luas di sebelah timur luar kota Makkah.

Kesemua jemaah haji Malaysia akan berada di Arafah sehingga malam 31 Ogos. Mereka kemudian akan melakukan mabit (bermalam) di Muzdalifah dan melontar di Mina sehingga 13 Zulhijjah.

Seterusnya jemaah akan melakukan tawaf dan saie haji serta bertahalul di Masjidill Haram.

Di Arafah, kesemua jemaah Malaysia ditempatkan dalam khemah baharu yang pertama kali digunakan pada musim haji ini.

Khemah itu lebih besar serta kukuh, dengan setiap sebuah boleh memuatkan antara 150 dan 240 jemaah. Khemah berkenaan juga dapat menahan angin kencang serta kalis api.

Kipas angin berwap juga dipasang di setiap khemah dengan setiap maktab disediakan 150 unit bagi keselesaan jemaah.

Pada Hari Wukuf juga, lebih 1,000 jemaah akan mengambil bahagian pada majlis khatam al-Quran sempena World#QuranHour 2017.

Pada masa ini, keadaan cuaca di Arafah agak panas dengan suhu sekitar 40 darjah celsius.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, pada sidang media semalam, mengingatkan jemaah haji supaya mematuhi nasihat dan makluman yang dikeluarkan petugas Tabung Haji agar urusan operasi haji berjalan lancar.

Beliau berkata sebagai tetamu Allah, jemaah juga perlu mengambil kesempatan sewaktu wukuf di Arafah untuk berdoa memohon dipermudahkan urusan dalam melaksanakan ibadah haji, selain memohon agar dikurniakan kesejahteraan dan keselamatan kepada Malaysia. – BERNAMA

Tags: Arafah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah Isnin Ini

Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah Isnin Ini

24/06/2023
0

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia...

Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah

Jemaah Haji Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah

07/07/2022
0

MAKKAH - Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd