• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Umum Tidak Rai Kemenangan Liga Super

oleh AK-47
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Meskipun perlawanan belum lagi berlangsung, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terlebih dahulu memaklumkan pasukan itu tidak akan meraikan kemenangan Piala Liga Super 2017 malam ini.

Laman Facebook rasmi pasukan itu berkata, tiada sebarang sambutan kejuaraan atau menjulang Piala Liga Super 2017 akan berlaku di Stadium Majlis Perbandaran Selayang jika JDT berjaya menewaskan skuad Selangor.

“Sambutan besar-besaran hanya akan diadakan di Johor selepas kejohanan Sukan SEA 2017 iaitu setelah habis perlawanan menentang Kelantan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin pada 20 September 2017.

“Sambutan akan berlangsung seperti yang diadakan musim lepas iaitu perarakan bermula dari Stadium Larkin menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru,” kata laman Facebook berkenaan lagi.

JDT ketika ini mengungguli cara Liga Super 2017 dengan 45 mata sambil diekori jauh dengan jurang perbezaan besar oleh Kedah yang setakat ini hanya meraih 34 mata, Pahang (30), Felda (29) dan Selangor (29).

Pasukan Harimau Selatan itu memerlukan kemenangan malam ini untuk memastikan JDT secara muktamad dinobatkan menjadi Juara Liga Super buat kali keempat berturut-turut.

JDT pada musim ini gagal mempertahankan Piala Sumbangsih dan Piala FA yang dimenanginya tahun lalu dan amat memerlukan kejuaraan Liga Super 2017 jika mahu beraksi dalam Piala AFC musim depan. – MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd