• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Promosi Produk Tanpa Bukti Saintifik

oleh AK-47
29/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Pengusaha produk kosmetik diingatkan untuk tidak melampau dalam mempromosi produk mereka dengan membuat dakwaan yang tidak disokong bukti saintifik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata mereka yang terlibat dalam industri itu perlu mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan kementerian semasa mengiklankan produk mereka.

“Jika mereka melampau dalam dakwaan mereka tanpa ada bukti saintifik, itu adalah satu kesilapan dan tindakan boleh diambil. Jadi, saya nasihatkan mereka untuk pastikan tiada situasi yang membolehkan kita mengambil tindakan,” katanya.

Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC, berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen MIC Pahang ke-71 di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Beliau berkata peraturan itu turut melibatkan peniaga produk yang menggunakan medium laman sosial termasuk mereka yang mengiklankan produk dari luar negara untuk pasaran tempatan.

“Kita boleh bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti mereka yang terlibat jika melibatkan media sosial… jadi patuhi peraturan yang ada,” katanya.

Hari ini, media melaporkan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida didenda RM4,800 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.

Vida selaku orang kena saman didakwa menyiarkan iklan berhubung produk Pamoga untuk mempengaruhi pengguna sebagai ubat atau penyembuh bagi merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd