• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pandang Rendah Kemampuan Malaysia

oleh AK-47
02/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia merasakan bahawa Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara yang lebih baik dan di sana ada harapan pada masa depan daripada memandang rendah kemampuan negara mereka sendiri.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia harus menilai apa yang telah dicapai Malaysia setakat ini daripada terpengaruh dengan beberapa ahli politik yang menyebarkan pembohongan tentang negara mereka sendiri.

“Tanpa menggunakan akal, mereka dipergunakan oleh ahli-ahli politik demi kepentingan mereka sendiri. Mereka memandang rendah negara, malah menyebar berita bohong dan tidak benar tentang negara.

Apabila orang datang ke Malaysia dan merasai pengalaman Malaysia, mereka berkata Hei! Malaysia bukan negara yang gagal, anda sepatutnya bangga dengan Malaysia,” katanya pada satu majlis dialog mengenai Pemikiran Reka Cipta dan Transformasi Nasional 2050 (TN50), pada sambutan ulang tahun ke-5 Genovasi Malaysia di sini hari ini.

Najib berkata banyak perkara baik yang menanti rakyat Malaysia, termasuk TN50.

Najib berkata kerajaan mesti memberikan harapan mengenai masa depan kepada rakyat Malaysia.

“Saya tidak percaya kepada politik untuk menakut-nakutkan.. anda boleh menggerakkan manusia dengan melakukan dua perkara, sama ada dengan politik untuk menakut-nakutkan yang telah dilakukan, sudah tentu semasa zaman Nazi di Jerman.. rasa takut, kemudian..

.. atau dalam keadaan anda membaca sebuah buku, anda perlu memberi mereka sebuah buku. Itulah semuanya (mengenai) apa itu sebenarnya TN50, mewujudkan masa depan yang kita mahu untuk Malaysia…itu yang saya percaya,” katanya.

Najib berkata ia juga penting untuk menyedari bahawa sumber adalah terhad untuk setiap negara.

“Namun anda boleh memanfaatkannya. Anda boleh mencipta peningkatan eksponen dalam kehidupan dengan menyuntik kreativii dan inovasi,” katanya sambil menambah bahawa beliau mahu Malaysia terus maju dan menjadi sebuah negara terkemuka dalam  tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd