• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janakuasa Tenaga Geotermal Tawau Dijangka Siap 2019

oleh Ahmad Albab
23/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Projek pembangunan Janakuasa Tenaga Geotermal berkapasiti 30MW di Apas Kiri di sini yang dijangka siap pada Mei 2019 bakal memberi manfaat bekalan elektrik kepada kira-kira 15,000 rumah di sekitar daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Pairin Kitingan berkata projek dibangunkan oleh Tenaga Green Energy Sdn Bhd (TGE) di bawah skim tarif galakan itu turut membantu Sabah Electricity Sdn Bhd kepada pengurangan sistem loss (kehilangan jumlah tenaga dalam sistem)

“Pembangunan projek bermula November 2011 itu sekali gus membawa Sabah ke arah mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 800 tan pada setiap tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai lawatannya ke beberapa lokasi stesen pam di Tawau semalam , Pairin berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Tawau akan menggantikan sebuah pam baharu di Stesen Pam Fajar Kompleks dalam tempoh tiga minggu selepas mengambil kira pam sedia ada rosak dan tidak berfungsi akibat pembuangan sampah ke dalam lurang yang terus masuk ke stesen pam.

“Pembaikan keseluruhan sistem M&E di stesen pam itu juga telah ditender oleh ibu pejabat JKR Sabah dan diharap kerja dapat dimulakan seawal Oktober 2017,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu berkata pihaknya turut memohon RM800,000 daripada Kementerian Kewangan untuk pembaikan paip bocor di bawah tanah di Stesen Pam Central Batu 3, Jalan Apas.

“Diharap peruntukan itu dapat disalurkan untuk pihak JKR Sabah membuat pemanggilan tender dan menguruskan perolehan pada tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pairin mahu menyarankan agar JKR Tawau berhubung dengan pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk menggunakan undang-undang sedia ada dalam menyelesaikan isu kawasan aset pembetungan yang dipagar oleh bengkel swasta berdekatan sehingga menghalang pihak JKR Tawau untuk memeriksa aset berkenaan.

Beliau juga mahu JKR Tawau berbincang dengan MPT bagi menyelesaikan masalah pembuangan minyak hitam daripada bengkel-bengkel ke dalam paip pembentungan di samping masalah lain termasuk kecurian dan kegiatan vandalisme.

“Jika tidak dibendung, pembaikan atau penggantian kelengkapan pembetungan tidak akan berguna malah hanya membazir wang kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sabahstesen janakuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

“Saya Pulang Dengan Penuh Keyakinan Masa Depan Sabah Amat Cerah”

“Saya Pulang Dengan Penuh Keyakinan Masa Depan Sabah Amat Cerah”

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Sabah atas sambutan amat mesra yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd